My Blended Elearning My Blended Elearning
  • Home
  • About Us
    • Testimonials
  • Custom Program
    • Frontline Leadership (FLDP)
  • Courses
  • Contact
  • Home
  • About Us
    • Testimonials
  • Custom Program
    • Frontline Leadership (FLDP)
  • Courses
  • Contact
  • Home
  • All courses
  • Frontline Leadership
  • KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN

Frontline Leadership

KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN

User Avatar
MyBE-Admin
Frontline Leadership, Supervisory/Penyeliaan
Free
Effective Supervision
  • Overview
  • Curriculum

frontline leadership program MODULE 1

 

Frontline Leader (atau Pemimpin Barisan Hadapan atau Penyelia) ialah pemimpin peringkat pertama yang memimpin atau menyelia sekumpulan pengikut untuk mencapai strategi peringkat operasi organisasi.

PENGENALAN

Peralihan ke jawatan penyelia adalah amat penting untuk sesuatu organisasi dan amat mencabarkan untuk pekerja itu sendiri. Keadaan masakini telah berubah seperti daya-saing globalisasi yang semakin sengit, teknologi baru pengeluaran, perkembangan teknologi maklumat sosial yang tersebar luas, permintaan pelanggan dan pekerja-pekerja bawahan yang semakin tinggi.  Tidak seperti dahulu, tugas seorang penyelia sudah menjadi lebih rumit dan penuh dengan cabaran.  Untuk berjaya, penyelia memerlukan kemahiran-kemahiran penyeliaan moden yang lebih berkesan untuk memikul beban tanggungjawab tugasan masakini ini.  Kursus ini disedia khasnya untuk membantu penyelia memahami peranan baru ini dan menyediakan diri untuk menempuhi cabaran-cabaran baru dengan kemahiran-kemahiran yang lebih berkesan serta praktikal. Ia akan memokus kepada pembentukkan kemahiran kepimpinan, kemahiran hubungan sesama manusia, kemahiran mendorong pekerja bawahan untuk mencapai matlamat syarikat serta kemahiran kerja berpasukan.  Kursus ini sangat sesuai baik untuk penyelia-penyelia yang sudah berpengalaman atau mereka yang baru dinaiki pangkat.  Ia akan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran penting & perlu untuk mencapai matlamat organisasi dengan lebih berjaya dan yakin.

 

OBJEKTIF KURSUS

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan dapat …

  • Menghuraikan kepentingan peranan & tanggungjawab seorang penyelia yang berkesan dalam sesuatu organisasi
  • Mengenalpasti cabaran-cabaran masakini yang dihadapi penyelia
  • Melatih dan menggunakan prinsip-prinsip kepimpinan yang berkesan
  • Menggunakan kemahiran-kemahiran Personal yang berkesan seperti:
    – Berproaktif dan berpemikiran positif
    – Merancang dan menetapkan matlamat
  • Menggunakan kemahiran-kemahiran Interpersonal yang berkesan seperti:
    – Mendeposit dalam Akaun Bank Emosi untuk mengukuhkan hubungan baik dengan orang lain
    – Teknik mendengar secara aktif, teknik menyampaikan maklumat dengan jelas
    –  Teknik memuji, memberi panduan dan memberi teguran.
  • Memupuk semangat kerjasama berkumpulan untuk menjayakan matlamat organisasi.

KURSUS INI SESUAI UNTUK

  • Penyelia yang tugas seharian mereka melibatkan penyeliaan pekerja bawahan (cth. Supervisor, Engineer, Executives, dll)
  • Kursus ini juga sesuai untuk Ketua-Ketua Kumpulan (cth. Senior Team Leader) yang mahu bersedia diri menjadi bakal penyelia.

 

KANDUNGAN KURSUS

  •  (Klik tab ‘Curriculum’ untuk membaca kandungan kursus)

 

METODOLOGI KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara talian (Remote Online Training) menggunakan kaedah-kaedah berikut:

  • Perbincangan dalam kumpulan kecil, Kuliah, Kuiz
  • Video & Kes-Kes Belajar dan latihan memainkan peranan (role-play)

 

INFORMASI LAIN

Tempoh Kursus :

14.0 Jam secara talian ( Remote Online Training  atau ROT) melalui aplikasi ZOOM.

 

HUBUNGI KAMI

Untuk mendaftar, sila WhatsApp: +60-19-502 2718 atau emel kami di  my.blended.elearning@gmail.com

 

Course Features

  • Lectures 2
  • Quizzes 0
  • Skill level Middle Level Admin Program (MLAP)
  • Language English
  • Students 11000
  • Assessments Yes
  • Pengenalan 0/0

    •  Definisi Penyeliaan. Siapakah dia seorang Penyelia?
    •  Peranan & tanggungjawab seorang Penyelia
    •  Cabaran-cabaran masakini yang dihadapi Penyelia

    No items in this section
  • PRINSIP ASAS KEPIMPINAN 0/0

    • Video 1: Penyeliaan yang tidak betul.
    Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan:

      a. Fokus atas isu, situasi, tingkah-laku yang boleh diperhatikan, BUKAN atas orang lain
      b. Pelihara harga diri dan dan keyakinan diri orang lain.
      c. Kekalkan hubungan baik antara pekerja.
      d. Ambil initiatif untuk memperbaikkan situasi.
      d. Pimpin melalui teladan.

    •  Perbincangan & Latihan Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan..

    No items in this section
  • KEMAHIRAN PERSONAL 0/1

    • Apakah itu bersikap proaktif.
    • Kenapakah sikap proaktif penting untuk menentukan kejayaan hidup.
    • Video: Kenapa dia berkelakuan demikian?.

    • Lecture3.1
      • Teknik Penetapan Matlamat S.M.A.R.T.
      • Latihan: matlamat S.M.A.R.T.
      • Latihan: Kes Belajar – – penetapan matlamat
  • KEMAHIRAN INTERPERSONAL 0/1

    • Kenapa orang lain mahu bekerjasama dengan saya?
    • Latihan: Bagaimana Penyelia dapat kerjasama dari orang lain?
    • Apakah itu Akaun Bank Emosi (ABE)?
    • Teknik Mendeposit ABE.
    • Latihan Memainkan Peranan: Cara-cara mendeposit ABE.

    • Lecture4.1
      • Teknik Pendengaran Aktif
      • Latihan: Cuba memahami dahulu.
      • Pendengaran Aktif lawan Pendengaran Lemah.
      • Teknik Mendengar Secara Aktif.
      • Latihan Memainkan Peranan: Adakah anda mendengar?
  • TEKNIK MEMBERI PENGHARGAAN 0/0

    • Kenapa mahu memberi penghargaan atau memuji seseorang?
    • Video: Adakah dia terasa dihargai?
    • Teknik KIS : Khusus, Ikhlas, Sepontan> • Lathian Memainkan Peranan: Cara memberi penghargaan yang betul.
    • Bila memberi panduan dan bilakah memberi teguran?
    • Latihan: Guna teknik E.A.R.

    No items in this section
  • RUMUSAN DAN PELAN TINDAKAN SELANJUTNYA 0/0

    • Rumusan: Apakah yang anda sudah pelajari?
    • Pelan tindakan selanjutnya.
    • Penilaian kursus ini.

    No items in this section

You May Like

Delegating For Productivity & Growth – – FLDP7 Read More

Delegating For Productivity & Growth – – FLDP7

MyBE-Admin
Free
Dealing With Emotional Behavior – – FLDP6 Read More

Dealing With Emotional Behavior – – FLDP6

MyBE-Admin
Free
Solving Problems As A Team – – FLDP5 Read More

Solving Problems As A Team – – FLDP5

MyBE-Admin
Free
Getting Good Information From Others – – FLDP4 Read More

Getting Good Information From Others – – FLDP4

MyBE-Admin
Free
1-to-1 Communication With Direct Reports – FLDP3 Read More

1-to-1 Communication With Direct Reports – FLDP3

MyBE-Admin
Free

Popular Courses

KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN

KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN

Free
7 QC Tools For Quality Improvement

7 QC Tools For Quality Improvement

Free
Root Cause Analysis (RCA)

Root Cause Analysis (RCA)

Free

“Now everyone can be trained online effectively ! “

USEFUL LINKS
  • Course
  • About Us
  • Contact
SERVICES
  • Custom Program
  • Events

Copyright 2021 GGN SOLUTIONS (PG0114075-U) by Nelson Kok

  • Custom Program
  • Course
  • Events
  • Contact

Looking For A Training Provider Partner?

Are you a Training Provider company looking for a Consultant Trainer service?
Want to customize your existing course into Blended Elearning (BeL) platform?
We are open to business cooperation. Contact us.

contact us now
Modal title

Message modal