KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN
MODULE 1
Frontline Leader (atau Pemimpin Barisan Hadapan atau Penyelia) ialah pemimpin peringkat pertama yang memimpin atau menyelia sekumpulan pengikut untuk mencapai strategi peringkat operasi organisasi.
PENGENALAN
Peralihan ke jawatan penyelia adalah amat penting untuk sesuatu organisasi dan amat mencabarkan untuk pekerja itu sendiri. Keadaan masakini telah berubah seperti daya-saing globalisasi yang semakin sengit, teknologi baru pengeluaran, perkembangan teknologi maklumat sosial yang tersebar luas, permintaan pelanggan dan pekerja-pekerja bawahan yang semakin tinggi. Tidak seperti dahulu, tugas seorang penyelia sudah menjadi lebih rumit dan penuh dengan cabaran. Untuk berjaya, penyelia memerlukan kemahiran-kemahiran penyeliaan moden yang lebih berkesan untuk memikul beban tanggungjawab tugasan masakini ini. Kursus ini disedia khasnya untuk membantu penyelia memahami peranan baru ini dan menyediakan diri untuk menempuhi cabaran-cabaran baru dengan kemahiran-kemahiran yang lebih berkesan serta praktikal. Ia akan memokus kepada pembentukkan kemahiran kepimpinan, kemahiran hubungan sesama manusia, kemahiran mendorong pekerja bawahan untuk mencapai matlamat syarikat serta kemahiran kerja berpasukan. Kursus ini sangat sesuai baik untuk penyelia-penyelia yang sudah berpengalaman atau mereka yang baru dinaiki pangkat. Ia akan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran penting & perlu untuk mencapai matlamat organisasi dengan lebih berjaya dan yakin.
OBJEKTIF KURSUS
Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan dapat …
- Menghuraikan kepentingan peranan & tanggungjawab seorang penyelia yang berkesan dalam sesuatu organisasi
- Mengenalpasti cabaran-cabaran masakini yang dihadapi penyelia
- Melatih dan menggunakan prinsip-prinsip kepimpinan yang berkesan
- Menggunakan kemahiran-kemahiran Personal yang berkesan seperti:
– Berproaktif dan berpemikiran positif
– Merancang dan menetapkan matlamat - Menggunakan kemahiran-kemahiran Interpersonal yang berkesan seperti:
– Mendeposit dalam Akaun Bank Emosi untuk mengukuhkan hubungan baik dengan orang lain
– Teknik mendengar secara aktif, teknik menyampaikan maklumat dengan jelas
– Teknik memuji, memberi panduan dan memberi teguran. - Memupuk semangat kerjasama berkumpulan untuk menjayakan matlamat organisasi.
KURSUS INI SESUAI UNTUK
- Penyelia yang tugas seharian mereka melibatkan penyeliaan pekerja bawahan (cth. Supervisor, Engineer, Executives, dll)
- Kursus ini juga sesuai untuk Ketua-Ketua Kumpulan (cth. Senior Team Leader) yang mahu bersedia diri menjadi bakal penyelia.
KANDUNGAN KURSUS
- (Klik tab ‘Curriculum’ untuk membaca kandungan kursus)
METODOLOGI KURSUS
Kursus ini dikendalikan secara talian (Remote Online Training) menggunakan kaedah-kaedah berikut:
- Perbincangan dalam kumpulan kecil, Kuliah, Kuiz
- Video & Kes-Kes Belajar dan latihan memainkan peranan (role-play)
INFORMASI LAIN
Tempoh Kursus :
14.0 Jam secara talian ( Remote Online Training atau ROT) melalui aplikasi ZOOM.
HUBUNGI KAMI
Untuk mendaftar, sila WhatsApp: +60-19-502 2718 atau emel kami di my.blended.elearning@gmail.com
Course Features
- Lectures 2
- Quizzes 0
- Skill level Middle Level Admin Program (MLAP)
- Language English
- Students 11000
- Assessments Yes
-
Pengenalan
• Definisi Penyeliaan. Siapakah dia seorang Penyelia? • Peranan & tanggungjawab seorang Penyelia • Cabaran-cabaran masakini yang dihadapi Penyelia
-
PRINSIP ASAS KEPIMPINAN
• Video 1: Penyeliaan yang tidak betul. Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan:
- a. Fokus atas isu, situasi, tingkah-laku yang boleh diperhatikan, BUKAN atas orang lain b. Pelihara harga diri dan dan keyakinan diri orang lain. c. Kekalkan hubungan baik antara pekerja. d. Ambil initiatif untuk memperbaikkan situasi. d. Pimpin melalui teladan.
-
KEMAHIRAN PERSONAL
• Apakah itu bersikap proaktif. • Kenapakah sikap proaktif penting untuk menentukan kejayaan hidup. • Video: Kenapa dia berkelakuan demikian?.
-
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
• Kenapa orang lain mahu bekerjasama dengan saya? • Latihan: Bagaimana Penyelia dapat kerjasama dari orang lain? • Apakah itu Akaun Bank Emosi (ABE)? • Teknik Mendeposit ABE. • Latihan Memainkan Peranan: Cara-cara mendeposit ABE.
-
TEKNIK MEMBERI PENGHARGAAN
• Kenapa mahu memberi penghargaan atau memuji seseorang? • Video: Adakah dia terasa dihargai? • Teknik KIS : Khusus, Ikhlas, Sepontan> • Lathian Memainkan Peranan: Cara memberi penghargaan yang betul. • Bila memberi panduan dan bilakah memberi teguran? • Latihan: Guna teknik E.A.R.
-
RUMUSAN DAN PELAN TINDAKAN SELANJUTNYA
• Rumusan: Apakah yang anda sudah pelajari? • Pelan tindakan selanjutnya. • Penilaian kursus ini.